Jumat, 17 Juni 2011

Jerawat Sumber Derita

Meskipun bukan jenis penyakit yang membahayakan nyawa tetapi, jerawat amat mengganggu, membuat penampilan kurang menarik disamping rasa sakit, gatal-gatal dan bengkak yang merebak. Punca timbulnya jerawat sukar untuk dikesan. Dugaan kuat mengatakan kerana tidak seimbang hormon pada tubuh sebagai punca utama

Misalnya, faktor endokrin atau hormonal, genetik atau keturunan, diet, emosi, kosmetik yang mengandungi bahan hologen, cuaca (panas/ sejuk). Munculnya jerawat bergantung ada atau tidaknya faktor-faktor itu.

“Orang yang mempunyai campuran faktor penyebab lebih senang diserang jerawat,” kata pakar kulit dan kelamin Dr. Fisalma Mansjoer.

Hakikatnya, jerawat merupakan pembengkakkan dari unit Pilosebaceus dengan penyumbatan keratin. Pilo bermakna rambut, sebaceus kelenjar lemak, keratin zat tanduk. Kerana terlalu banyak faktor punca terjadi jerawat, maka cara mencegah atau menyembuhkannya semakin sukar.

Lantaran itu, untuk mencegah jerawat paling elok menjauhi semua faktor-faktor tersebut. Meskipun jerawat boleh sembuh tanpa obat, ianya akan meninggalkan bekas atau parut yang tidak elok pada kulit. Itulah sebabnya, jerawat sebaiknya diobati.

Menurut Fisalma, faktor hormon mempunyai peranan penting dalam proses pembentukan jerawat. Kajian menunjukkan, kandungan pada kulit pengidap jerawat di temui tingkat hormon androgen lebih tinggi bila di bandingkan dengan kulit normal.

Tidak ada komentar:

Remaja | Islam | Motivasi | Pendapat |